satu plate lemang moden dan rendang di foodcourt RM4.50 sahaje...
Lemang merupakan makanan tradisi masyarakat melayu, apabila menjelang perayaan Idul Fitri dan Idul Adha..Lemang tidak dapat dilupakan walau dimana jua kita berada, ramai anak-anak diperantauan sama ada yang belajar atau bekerja di luar negara sentiasa merindui juadah lemang dan rendang. Namun kerinduan mereka tidak dapat dihajati..sungguh kasihan..Terpaksalah mereka membuat lemang tanak atau lemang kukus. Ada yang kata boleh la..sedap juga..Tapi cuba kita fikir..adakah sama ikan kembong yang digoreng, di kukus, di rebus, di buat gulai atau di bakar rasanya sama sahaja...? tentu rasanya berbeza-beza sedapnya. Itu lah hakikatnya dengan Lemang Moden, cuma ia menggantikan ruas buluh nipis kepada tiub besi tahan karat sahaja. Kebaikan Lemang Moden boleh di masak dimana sahaja kita berada. Lemang Moden telah sampai ke Australia, Brunei Darussalam, Singapore dan Arab Saudi. Penerimaan masyarakat melayu di sana adalah amat membanggakan. Jemaah-jemaah Haji Malaysia yang kesana tentu merindui juadah lemang dan rendang.
Usahawan yang Memperjuangkan Lemang Moden di JB semenjak tahun 1990 an.
Bersih dan hygenic.
Ketuhar lemang moden menggunakan Pemanas elektrik (electric heater) . Konsep membakar secara tradisi dikekalkan, untuk mengekalkan keaslian lemang warisan sepanjang zaman.
Usahawan yang Memperjuangkan Lemang Moden di JB semenjak tahun 1990 an.
Bersih dan hygenic.
Ketuhar lemang moden menggunakan Pemanas elektrik (electric heater) . Konsep membakar secara tradisi dikekalkan, untuk mengekalkan keaslian lemang warisan sepanjang zaman.