Tuesday, March 20, 2012

Lemang Moden bersama Menteri Kabinet 7 mac 2012

Pada pagi 7 mac 2012 , Lemang moden menjadi juadah sarapan rasmi oleh menteri-menteri kabinet di Bangunan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Thursday, March 1, 2012

Lemang moden berlapik daun Lerek...alternative kepada daun pisang



Oven lemang 13 batang dapur gas

Daun Lerek amat terkenal di negeri Pahang utk di buat daun pelapik menggantikan daun pisang, namun begitu aroma nya kureng dari aroma daun pisang.Dua batang lemang ini di balut dengan daun lerek...boleh zoom in..hehecontoh packaging yg fit..muat sebatang lemang.. 5 kerat =sebatang lemang


























Tuesday, October 21, 2008

TEKNOLOGI MARDI SEJAK AWAL TAHUN 1987 SEHINGGA KINI..


                       Oven Lemang Generasi Pertama Masih ada lg di stesen MARDI Kuching, Sarawak


PETIKAN DARIPADA ARTIKEL JABATAN FAMA.

Lemang beku ada potensi

Tarikh Diterbitkan: 27 November 2006

Oleh Norfaisal Jahuri

MAJESTIC Moha Food & Beverages (MMFB), syarikat makanan tradisional Bumiputera dari Melaka yakin dapat mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai pengeluar lemang beku yang pertama di pasaran tempatan, berdasarkan sambutan pengguna. Pengarah Urusan MMFB, Mohd Haidar Ahmad, berkata keyakinan itu berdasarkan sambutan yang diterima ketika syarikat melakukan promosi pengenalan lemang itu di beberapa ekspo perdagangan dan makanan yang berlangsung di seluruh negara sebelum ini. Antaranya ketika berlangsungnya pameran perdagangan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Melaka baru-baru ini di mana lemang beku keluaran syarikat menerima pertanyaan dan sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Katanya, walaupun ketika ini jumlah pengeluaran lemang bekunya masih kecil tetapi syarikat yakin dapat menghasilkan lebih daripada 1,000 batang lemang beku sehari berikutan termeterainya kerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) baru-baru ini. Antara tujuan kerjasama dengan Mardi adalah untuk mendapatkan teknologi pembuatan lemang beku yang bermutu bagi menggalakkan jualan dan meningkatkan pengeluarannya supaya ciri-ciri keaslian lemang sebenar dapat dikekalkan. Justeru, kami membeli dua alat pembakar lemang segera yang dibangunkan oleh Mardi dikenali 'lemang ekspres' pada harga RM12,000 supaya dapat membakar lemang sebanyak 50 batang bersaiz satu kilogram dalam sejam saja. Malah dengan teknologi Mardi juga, kita akan dapat mengekalkan ciri keaslian lemang berkenaan seperti penggunaan daun pisang untuk membungkus lemang tanpa perlu ditanggalkan, katanya ketika ditemui di MITC, baru-baru ini. Mengenai perancangan jangka panjang, Mohd Haidar berkata, MMFB bercadang untuk meluaskan pasaran lemang beku ke Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) awal tahun depan. Katanya, langkah itu berikutan wujudnya permintaan daripada rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di sana untuk mendapatkan makanan tradisional itu.

KEASLIAN TETAP TERJAMIN...

KEASLIAN RESEPI LEMANG BAKAR TETAP UTUH... WALAUPUN KETIADAAN AROMA BULUH.....NAMUN BEGITU KEASLIAN AROMA DAUN PISANG LEBIH HARUM DAN WANGI...







KUALITI , SAIZ DAN HARGA YANG PREMIER...

RUAS BATANG BULUH TAK SAMA PANJANG, ADA YG DIAMETER KECIL, HARGA PULA BERBEZA - BEZA...
KUALITI MASAK TAK TERJAMIN... BAGI PEMBUAT YANG PROFESIONAL MEMANG SEDAP...KITA SALUT...TAPI BILA MUSIM PERAYAAN TIBA...RAMAI BIDAN TERJUN..ITULAH MASALAHNYER...KITA MENJATUHKAN NILAI KUALITI LEMANG ASLI ...ADA YANG MENGADU LEMANGNYER JELATAH, TAK MASAK, KERAS SANGAT DAN BERMACAM-2 KOMPLEN YANG KITA DENGAR...

BATANG LEMANG SAIZ KECIK, HARGA DAH RM9.00 PATUT KER...? ITU SAIZ BULUH NYA..ISINYA LAGI LAH....
BERSIH DAN HYGENIC...

KUALITI PREMIER , SAIZ DAN HARGA NYA SAMA...ITULAH KELEBIHAN LEMANG MODEN...FIKIR-FIKIRKAN LAH...

LEMANG MODEN PACKAGING...


PACKAGING LEMANG MODEN BERSIH DAN HYGENIC... BOLEH DISIMPAN DALAM PETI SEJUK DINGIN DAN DIPANASKAN DALAM MICROWAVE...JUGA BOLEH DISEJUK BEKUKAN UNTUK DI SIMPAN LAMA SEHINGGA 6 BULAN ...!




Thursday, October 16, 2008

Memartabatkan Lemang Tradisi Keperingkat Global...

Bermula dari teknologi MARDI, kini lemang moden telah memasuki era baru dimana kita dapat menjamah juadah enak ini dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja..di restoran , foodcourt dan juga hotel.


satu plate lemang moden dan rendang di foodcourt RM4.50 sahaje...


Lemang merupakan makanan tradisi masyarakat melayu, apabila menjelang perayaan Idul Fitri dan Idul Adha..Lemang tidak dapat dilupakan walau dimana jua kita berada, ramai anak-anak diperantauan sama ada yang belajar atau bekerja di luar negara sentiasa merindui juadah lemang dan rendang. Namun kerinduan mereka tidak dapat dihajati..sungguh kasihan..Terpaksalah mereka membuat lemang tanak atau lemang kukus. Ada yang kata boleh la..sedap juga..Tapi cuba kita fikir..adakah sama ikan kembong yang digoreng, di kukus, di rebus, di buat gulai atau di bakar rasanya sama sahaja...? tentu rasanya berbeza-beza sedapnya. Itu lah hakikatnya dengan Lemang Moden, cuma ia menggantikan ruas buluh nipis kepada tiub besi tahan karat sahaja. Kebaikan Lemang Moden boleh di masak dimana sahaja kita berada. Lemang Moden telah sampai ke Australia, Brunei Darussalam, Singapore dan Arab Saudi. Penerimaan masyarakat melayu di sana adalah amat membanggakan. Jemaah-jemaah Haji Malaysia yang kesana tentu merindui juadah lemang dan rendang.

Usahawan yang Memperjuangkan Lemang Moden di JB semenjak tahun 1990 an.

Bersih dan hygenic.



Ketuhar lemang moden menggunakan Pemanas elektrik (electric heater) . Konsep membakar secara tradisi dikekalkan, untuk mengekalkan keaslian lemang warisan sepanjang zaman.